Thursday, December 9, 2010

Friday, November 26, 2010

week 15 day 1

Harini ibu and ayah bgn awal sgt, sbb kami excited nak bawa syg jumpa dr, for ibu's first check up. Ayah bawa ibu naik bus, berbungkus2 ibu harini, sbb cuaca sejuk sgt.peneng2 kepala ibu naik bus, tp appointment jam 8.30 pagi mmg kena gerak awal. Rotunda Hospital xjauh sgt dr rumah, kalau ada kereta sendiri, tp skrg ibu and ayah blm mampu ada kereta lg. InsyaAllah thn dpn ibu usahakan, sbb bila dah ada syg xkan ibu nk bwk naik bus utk jumpa dr.

Dari jam 8.30pg ibu tunggu, jam 12.30 br sampai turn ibu. Mmg kecewa dgn service hospital ni, tp redha jela, tempat org, bukan negara sendiri nak complain bnyk2.

Tapi penantian ibu and ayah berbaloi, bila dpt tgk syg for the 1st time. Dr kata susah nak scan syg ibu ni, asyik bergerak2 and pusing2. Wah, apa la syg ibu buat dlm perut ibu. Tapi ibu and ayah still wonder, kamu boy/girl. InsyaAllah,lg 5minggu ibu pg scan lg.

Alhamdulillah, anak ibu sihat and cukup sifat. Syukur.

Wednesday, November 24, 2010

week 14 day 5

dublin makin sejok, ibu xnak buat apa2, ibu asyik masuk duvet dan bermimpi panjang...mimpikan Malaysia tercinta.

Monday, November 15, 2010

week 13 day 4

Minggu ni xada apa2 yg berubah, ibu still muntah2, penat2, pening2, tapi ibu dah mula nak masak sendiri!!!!

Monday, November 8, 2010

Saturday, November 6, 2010

week 11 day 2

Ibu sanggup pergi Tyrellstown naik bus almost 1 hour dgn ayah, sbb nak mkn sedap!
Thx to PM Ir Mohabbatuzzaman and wife, k.nini and their big family!

May Allah bless the whole family with happiness.

ps/anak ibu nak mkn apa2 lg x? Ibu rasa nak mkn masakan org Msia. Ibu excited, lg sbulan kita akan pulang ke Malaysia!

Tuesday, November 2, 2010

week 10 day 5

Minggu ni ibu terlantar je atas katil. Ibu xmampu buat apa2.hidung tersumbat, ada rasa demam. dgn cuaca dublin yg xmenentu.
Makin berpusing kepala ibu, mujur minggu ni sv ibu xada, ke Africa ada field trip.
So ibu spend time utk rehat je.

Alhamdulillah last week ibu dah submit first paper untuk attend conference. InsyaAllah rezeki anak, diterima paper ibu nanti. Mmg minggu lepas ibu stress sgt sbb nak submit full paper tu.Hari2 ibu meeting dgn Brid. Syukur sgt Brid bnyk tolong ibu. Kalau ibu bt sorang2 blom tentu siap.

Dlm kepala ibu selalu fikir, bila agaknya ibu boleh habiskan PhD ni, ontime tak, ke kena extend. Entahlah, Allah lebih tahu. Ibu cuma perlu berusaha, dan tawakal.

Nanti ibu bacakan surah Yusof, supaya elok rupa paras anak ibu.
Nanti ibu bacakan surah Luqman, supaya cerdik akal dan hati anak ibu.
Nanti ibu bacakan surah Maryam, supaya menjadi anak yg soleh.

Wednesday, October 27, 2010

week 9 day 1

Ibu memang xkuat, lemah.
Tapi ibu bawa sayang ke Prague, tempat yg ibu nak sgt pergi.

Nanti sayang besar, ibu tunjukkan gambar2 kenangan ibu, ayah and sayang. Tapi perut ibu xbesar lagi. Tapi ibu nak kamu tahu, ibu xpernah tinggal kamu.

Tak sabar jumpa kamu. oh cepatlah 7 bulan lagi!

Wednesday, October 20, 2010

week 8 day 6

Minggu ni ibu lemah sgt sayang.
Nak menulis sesuatu pun xmampu.

Minggu ni seminggu ibu xke universiti. Ibu dah xboleh masuk lab.
Kerja2 lab bahaya utk sayang. Ibu perlu berkorban sementara.
Ibu akan berkorban apa saja utk anak ibu.


Monday, October 11, 2010

week 7 day 5

selamat pagi sayang. jam dublin baru jam 4pg.tapi ibu terjaga. Alhamdulillah, ibu sempat solat sunat dan doakan kesihatan kita berdua dan ayah. Ibu selalu doakan ayah dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan utk jaga ibu. Ibu sedih tgk ayah setia jaga ibu skrg, lg2 ibu xselalu sihat.

Hujung minggu lepas ibu seronok sgt, dpt makan makanan2 yg ibu mengidam. Uncle Nadzri and Aunty Ana masakkan nasi lemak daun pisang, Uncle Yazed and Aunty Aida buatkan nasi ayam madu, Uncle Syah and Aunty Yana masak nasi dagang. nikmat betul weekend lepas.

Alhamdulillah, seronok sgt dpt nikmat makan. kalau tak selalu ibu xselera nak mkn kat rumah. Ibu doakan mereka semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. bersyukur ibu dpt kawan2 yg sgt baik di Dublin. InsyaAllah, kalau sayang ibu dah ada, ibu kenalkan pada mereka.

Harini ibu menangis dlm lab, tiba2 perot ibu sakit sgt. Sakit sampai ke pinggang, rasa mcm perot ibu ditarik2. Ibu risau, terus ibu jumpa supervisor dan terangkan pada dia yg ibu mengandung 2 bulan. Ibu takut dia tak suka, Alhamdulillah Brid dapat terima news ni, and dia bnyk bg support pd ibu. InsyaAllah syg, doa ibu dgn adanya kamu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan kerja2 PhD ibu.

Ibu dah jumpa doktor, ibu dan ayah doakan nanti result sample ibu tak ada apa2. InsyaAllah.

Ibu mahu kamu selesa dan terlindung bersama ibu. Ibu tau, di dalam sana gelap, tapi jgn takut sayang, ibu sentiasa bersama kamu.

Monday, October 4, 2010

week 6 day 4

Ibu penat lagi sayang.
pernah ibu menangis dlm lab.
perjalanan ibu, perjuangan ibu untuk tamatkan PhD panjang lagi.
ibu risau, ibu tak mampu. ibu dah tahun terakhir sayang.
tapi ayah selalu pesan, anak ibu, satu rezeki dan anugerah.
Allah tak akan kurniakan anugerah ini,andai bukan waktu terbaik.
Ibu yakin itu. ibu selalu panjatkan doa padaNya, andai ini masa yg terbaik bagiNya,
kurniakan zuriat utk ibu. Alhamdulillah, ibu yakin.
ibu yakin dgn janji-janji Allah. Dia lebih tahu.

Ayah bnyk beri sokongan utk ibu skrg.
Ibu lemah syg, ibu xmampu buat apa2.
ibu bnyk habiskan masa terbaring, ayah xtau ibu nak mkn apa.
selera mkn ibu hilang.

ibu harap hari2 mendatang, semua rasa ini akan hilang.
bnyk tugas2 yg ibu perlu selesaikan.
ibu mahu terbaik utk kita sekeluarga.

ibu harus kuat, teruskan perjuangan.

ibu tahu kamu akan sentiasa bersama ibu, di waktu susah payah ibu skrg.

anak ibu dah mula ada jarijemari.
ibu tak sabar sentuh dan genggam jemari lembut anak ibu.

Thursday, September 30, 2010

week 5 day 1

harini ibu ada workshop microscope dkt UCD.
Ibu kena naik 2 bus, dlm 40min utk sampai.
ibu susah nak bgn, sbb kepala rasa berat sgt, badan sakit2.
tapi ibu kuatkan hati sbb supervisor ibu ada sama.
ibu xnak kecewakan dia.
ibu janji bawa sample ibu.

Alhamdulillah, ibu seronok bila ibu dpt belajar bnyk benda dkt workshop tu.
ibu kuatkan diri utk lupakan apa yg ibu rasa.
pening, loya, lapar.macam2 ibu rasa.
serba tak kena.
ibu bertuah ada ana and markella.
bnyk support ibu.

ibu tau anak ibu sudah berdegup jantung.
ibu tak sabar jumpa anak ibu.

Tuesday, September 21, 2010

week 4 day 5

pagi ni ibu bangun dan mcm hari2 lepas, ibu rasa penat sgt.
ibu kerap bgn mlm2, pg tandas.
hari2 ibu tidur awal.
nanti jam 3 pagi, ibu bgn dan tak akan tidur blk.

ibu pelik.
jadi pagi ni ibu tekad nak check.

air mata ibu menitis, bila tgk 2 jalur merah.
ibu tak percaya.
rasa bermimpi.

ayah sibuk main x-box, ibu masih dlm bilik menangis.
ibu pura2 tgh bersiap nak ke univ.
ibu capai kad, topi baby yg ibu belikan sbenarnya utk sofea, and test kit td.
semuanya ibu lekatkn dlm kad.

ibu bt surprise utk ayah.
ayah nak makan, tp ayah buka kad,
and ayah terus dakap ibu.
ibu xtahu nak gambarkan eksperi ayah waktu tu.

ibu tahu ayah terkejut. sama mcm ibu rasa.
ayah terus sujud syukur.

sayang,ini hari pertama ibu tahu kamu ada bersama ibu.

sayang,
ibu