Wednesday, October 27, 2010

week 9 day 1

Ibu memang xkuat, lemah.
Tapi ibu bawa sayang ke Prague, tempat yg ibu nak sgt pergi.

Nanti sayang besar, ibu tunjukkan gambar2 kenangan ibu, ayah and sayang. Tapi perut ibu xbesar lagi. Tapi ibu nak kamu tahu, ibu xpernah tinggal kamu.

Tak sabar jumpa kamu. oh cepatlah 7 bulan lagi!

Wednesday, October 20, 2010

week 8 day 6

Minggu ni ibu lemah sgt sayang.
Nak menulis sesuatu pun xmampu.

Minggu ni seminggu ibu xke universiti. Ibu dah xboleh masuk lab.
Kerja2 lab bahaya utk sayang. Ibu perlu berkorban sementara.
Ibu akan berkorban apa saja utk anak ibu.


Monday, October 11, 2010

week 7 day 5

selamat pagi sayang. jam dublin baru jam 4pg.tapi ibu terjaga. Alhamdulillah, ibu sempat solat sunat dan doakan kesihatan kita berdua dan ayah. Ibu selalu doakan ayah dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan utk jaga ibu. Ibu sedih tgk ayah setia jaga ibu skrg, lg2 ibu xselalu sihat.

Hujung minggu lepas ibu seronok sgt, dpt makan makanan2 yg ibu mengidam. Uncle Nadzri and Aunty Ana masakkan nasi lemak daun pisang, Uncle Yazed and Aunty Aida buatkan nasi ayam madu, Uncle Syah and Aunty Yana masak nasi dagang. nikmat betul weekend lepas.

Alhamdulillah, seronok sgt dpt nikmat makan. kalau tak selalu ibu xselera nak mkn kat rumah. Ibu doakan mereka semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. bersyukur ibu dpt kawan2 yg sgt baik di Dublin. InsyaAllah, kalau sayang ibu dah ada, ibu kenalkan pada mereka.

Harini ibu menangis dlm lab, tiba2 perot ibu sakit sgt. Sakit sampai ke pinggang, rasa mcm perot ibu ditarik2. Ibu risau, terus ibu jumpa supervisor dan terangkan pada dia yg ibu mengandung 2 bulan. Ibu takut dia tak suka, Alhamdulillah Brid dapat terima news ni, and dia bnyk bg support pd ibu. InsyaAllah syg, doa ibu dgn adanya kamu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan kerja2 PhD ibu.

Ibu dah jumpa doktor, ibu dan ayah doakan nanti result sample ibu tak ada apa2. InsyaAllah.

Ibu mahu kamu selesa dan terlindung bersama ibu. Ibu tau, di dalam sana gelap, tapi jgn takut sayang, ibu sentiasa bersama kamu.

Monday, October 4, 2010

week 6 day 4

Ibu penat lagi sayang.
pernah ibu menangis dlm lab.
perjalanan ibu, perjuangan ibu untuk tamatkan PhD panjang lagi.
ibu risau, ibu tak mampu. ibu dah tahun terakhir sayang.
tapi ayah selalu pesan, anak ibu, satu rezeki dan anugerah.
Allah tak akan kurniakan anugerah ini,andai bukan waktu terbaik.
Ibu yakin itu. ibu selalu panjatkan doa padaNya, andai ini masa yg terbaik bagiNya,
kurniakan zuriat utk ibu. Alhamdulillah, ibu yakin.
ibu yakin dgn janji-janji Allah. Dia lebih tahu.

Ayah bnyk beri sokongan utk ibu skrg.
Ibu lemah syg, ibu xmampu buat apa2.
ibu bnyk habiskan masa terbaring, ayah xtau ibu nak mkn apa.
selera mkn ibu hilang.

ibu harap hari2 mendatang, semua rasa ini akan hilang.
bnyk tugas2 yg ibu perlu selesaikan.
ibu mahu terbaik utk kita sekeluarga.

ibu harus kuat, teruskan perjuangan.

ibu tahu kamu akan sentiasa bersama ibu, di waktu susah payah ibu skrg.

anak ibu dah mula ada jarijemari.
ibu tak sabar sentuh dan genggam jemari lembut anak ibu.