Monday, October 11, 2010

week 7 day 5

selamat pagi sayang. jam dublin baru jam 4pg.tapi ibu terjaga. Alhamdulillah, ibu sempat solat sunat dan doakan kesihatan kita berdua dan ayah. Ibu selalu doakan ayah dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan utk jaga ibu. Ibu sedih tgk ayah setia jaga ibu skrg, lg2 ibu xselalu sihat.

Hujung minggu lepas ibu seronok sgt, dpt makan makanan2 yg ibu mengidam. Uncle Nadzri and Aunty Ana masakkan nasi lemak daun pisang, Uncle Yazed and Aunty Aida buatkan nasi ayam madu, Uncle Syah and Aunty Yana masak nasi dagang. nikmat betul weekend lepas.

Alhamdulillah, seronok sgt dpt nikmat makan. kalau tak selalu ibu xselera nak mkn kat rumah. Ibu doakan mereka semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. bersyukur ibu dpt kawan2 yg sgt baik di Dublin. InsyaAllah, kalau sayang ibu dah ada, ibu kenalkan pada mereka.

Harini ibu menangis dlm lab, tiba2 perot ibu sakit sgt. Sakit sampai ke pinggang, rasa mcm perot ibu ditarik2. Ibu risau, terus ibu jumpa supervisor dan terangkan pada dia yg ibu mengandung 2 bulan. Ibu takut dia tak suka, Alhamdulillah Brid dapat terima news ni, and dia bnyk bg support pd ibu. InsyaAllah syg, doa ibu dgn adanya kamu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan kerja2 PhD ibu.

Ibu dah jumpa doktor, ibu dan ayah doakan nanti result sample ibu tak ada apa2. InsyaAllah.

Ibu mahu kamu selesa dan terlindung bersama ibu. Ibu tau, di dalam sana gelap, tapi jgn takut sayang, ibu sentiasa bersama kamu.

1 comment:

  1. may your journey as young mother-to-be went well.. 33 weeks to go! GO BABY GO!
    p/s: seeing all this prem babies struggling for their life really makes us feel blessed with what we have...

    ReplyDelete